ULASAN BUKU : "I HAVE 25 HOURS A DAY"
Oleh: Mohd Nasir Sulaiman
1. Sejujurnya, ini adalah satu-satunya buku berbahasa Inggeris yang berjaya saya tamatkan pembacaannya. Pembacaan ini dilakukan dengan penuh rasa hormat, emosi, teruja, me'letih'kan (terutama pada bab 3 dan 4) dan pastinya menginspirasikan diri saya terhadap penulis iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Seorang tokoh kewangan Islam yang membahasakan dirinya dalam karya ini seorang Global Shariah Advisor.
2. Saya amat teruja dengan perwatakan beliau yang sangat merendah diri dan lembut tutur bicaranya. Tatkala saya menerima jemputan untuk menerima buku berjudul "I Have 25 Hours a Day", saya tersenyum kegembiraan seorang diri kerana berpeluang bersua secara peribadi dengan beliau.
3. Berbalik kepada ulasan buku, ada beberapa perkara yang dapat saya rumuskan mengenai penulis serta corak penulisannya. Perlu diberi perhatian, ulasan saya hanyalah sebagai seorang pembaca. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sehingga kini, saya sering mengikuti perkembangan aktiviti beliau di media sosial, sesi temuramah 'live' dan rakaman sahaja. Impian saya menemui beliau secara 'live' ditunaikan oleh Allah SWT pada 27 September 2016 (Selasa).
4. Penulis pernah membuat peraduan memilih kulit buku ini melalui page ShariahMinds. Melalui pertandingan tersebut, beliau membuat keputusan untuk memilih kedua-dua 'design' kulit buku. Walaupun saya tidak terpilih sebagai pemenang, saya berasa lega kerana kulit buku berbahasa Inggeris menepati warna kegemaran. Kini, saya telah memilikinya. Secara peribadi, memiliki buku ini berbaloi kerana memenuhi minat saya untuk memperkayakan tatabahasa dan menambah kekuatan berbahasa Inggeris. Sebagaimana sedia maklum, penulis seorang yang mempunyai pembacaan yang luas. Beliau pernah memberi tips, unutk mahir berbahasa Inggeris, "bacalah novel". Gaya penyampaian buku ini santai, menyeronokkan, terkadang terasa situasi 'letih' dengan kepadatan jadual penulis tetapi ada 'keajaiban' dan teladan di penghujung setiap kisah.
5. Bagaimanakah gaya penulisan menjadi begitu mengkagumkan? Ini kerana, persembahan beliau di dalam buku ini adalah REAL! Melalui buku ini, saya melihat kekuatan yang terserlah adalah INTELLIGENCE dan WILLPOWER. Jalinan erat kedua-dua faktor ini telah dikupas dengan sangat baik. Penulis juga telah menonjolkan watak sebenar seorang PRACTISING SHARIAH SCHOLAR. Watak ini adalah watak utama di keseluruhan bab. Bagi saya, watak ini juga pelik kerana beliau sering mengungkapkan "I LEARN IN HARD WAY" sedangkan beliau seorang yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Jika diperhatikan FROM COVER TO COVER, beliau memaksimakan anugerah intelek yang dikurniakan Allah SWT untuk melakukan observasi pada setiap detik pengalaman (SUCCESS & FAILURE). Ketajaman minda yang beliau miliki digunakan untuk mencari jalan menjimatkan sebanyak mungkin masa, mengurangkan kesilapan dan paling utama "mencipta" masa baru untuk lebih produktif sebagai Global Shariah Advisor. Tips-tips yang dicadangkan dalam buku ini meyakinkan kerana ia adalah hasil pengamatan tajam penulis yang merupakan seorang cendekiawan Shariah. SUPER EFFICIENT IN TIME MANAGEMENT. Itulah antara ciri yang boleh diberikan kepada penulis. Tanggungjawab yang beliau galas juga amatlah besar. Sepanjang pembacaan, didapati minda penulis sangat aktif berfikir.
6. Selain minda, beliau juga memaksimakan WILLPOWER untuk menuju ke tahap kualiti dalam setiap tugasan yang diberikan. Pada pandangan saya, WILLPOWER ini dimaksimakan berpunca dari kekuatan minda penulis yang tidak gemar berada pada ZON YANG SELESA. Bak kata beliau "COMPLACENCY KILLS INNOVATION". Melihat kepada kesungguhan beliau melunaskan tanggungjawab sebagai Global Shariah Advisor dengan kepadatan jadual, staminanya mencipta masa baru seolah-olah sebuah ULTIMATE MACHINE,
7. Pada hemat hemat saya, begitulah dua faktor penulisan ini berjaya dihasilkan. Bahkan yang lebih utama, faktor INTELLIGENCE & WILLPOWER sebenarnya yang menjadi pencetus beliau untuk CREATE MORE TIME!
8. Saya juga amat tertarik pada ungkapan beliau "I HAVE LEARNED THAT SCARCITY IS A SOURCE OF STRENGTH AND GREAT ACHIEVEMENT". Pada hemat saya, ungkapan inilah juga yang mencetuskan banyak tips berguna sepanjang beliau berkongsi pengalaman suka duka bersama pembaca. TIME SCARCITY adalah RISK yang perlu beliau hadapi. Beliau dengan rendah diri, tidak mahu pembaca terjebak dengan tabiat membazir masa. Setelah membaca buku ini, kita akan faham bahawa masa sangat-sangat berharga bagi personaliti seperti Datuk Dr Mohd Bakar. Tips-tips yang dibukukan ini juga terbukti berkesan pada diri beliau. Tips-tips ini bukan sekadar hasil pengalamannya sahaja bahkan turut diperolehi dari pelbagai pembacaan. Ia tidak berakhir di situ sahaja, hasil pembacaan ini praktikkan dalam kehidupan. Inilah yang membuatkan beliau sangat yakin untuk memuatkan pelbagai tips supaya dapat dipraktikkan oleh pembaca. Pembaca juga disarankan menggunakan kekuatan minda untuk mengaplikasikan tips tersebut bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.
9. Kesanggupan beliau untuk memilih sesuatu yang bersifat EXTREMELY CHALLENGING juga hendaklah dicontohi oleh pembaca demi untuk mencapai produktiviti dalam kerjaya. WILLPOWER sebegini pastinya memerlukan SOUL yang kental dan minda yang damai. Penulis juga punyai pandangan tersendiri terhadap beberapa petua. Dalam konteks produktiviti, beberapa petua tersebut hendaklah diaplikasi dengan semaksima mungkin, bersungguh-sungguh, pantas dan memberikan impak kepada tugasan yang diberikan pada tempoh masa yang terhad.
10. Buku ini turut menzahirkan implikasi akibat kegagalan menguruskan masa dengan efisien. Pada sesetengah perenggan, saya dapat merasakan pelbagai emosi Global Shariah Advisor ini pada beberapa perenggan. "THE SNOW BALL EFFECT" salah satu contoh yang direkodkan. Begitu juga respon beliau terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara COMPLICATED sedangkan terdapat cara yang lebih mudah dan memberi impak yang hebat.
11. Berkenaan dengan CREATIVE MIND, ia amat dekat dengan diri saya. Kupasan penulis tentang suasana yang kondusif, emosi yang stabil, ketenangan minda dan melakukan banyak tugasan dengan perasaan yang menyeronokkan menghasilkan produktiviti. Di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi sedang mempraktikkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Untuk makluman Datuk Dr Mohd Daud, workstation saya telah dipilih sebagai WORKSTATION TERBAIK!
12. Berdasarkan realiti kehidupan seorang yang terlalu padat jadual tugasan, saya berpandangan buku ini telah mencapai matlamatnya dengan memaparkan kisah REAL. Buku ini sangat praktikal untuk mencipta masa baru, meningkatkan produktiviti sehingga ke tahap yang membanggakan.
13. Walaubagaimanapun, saya berpandangan ada satu sisi yang masih menjadi misteri. Sisi ini merupakan sebahagian besar dari kehidupan penulis tetapi hanya disebut di dalam beberapa petikan ayat dan telahan.
14. Saya ternanti-nanti dalam setiap lembaran buku ini bagaimana penulis memperolehi 25 Hours a Day bersama keluarga. Paparan kisah REAL dari sudut kekeluargaan ini bagi saya amat perlu dimuatkan kerana ia sumber kedamaian, kebahagiaan, ketenangan hati, kesopanan, kelembutan dan sebagainya. Sebagai cendekiawan Shariah, tips-tips 25 Hours Day mungkin dapat dikongsi dengan pembaca agar mereka terinspirasi. Justeru, ia mewujudkan keseimbangan dalam karya ini. Sudah pasti, tips-tips mewujudkan MORE TIME bersama keluarga lebih memerlukan kekuatan minda yang jauh lebih cermat.
15. Saya amat bimbang apabila tumpuan 25 Hours a Day tidak seimbang antara keluarga dan kerjaya, maka sisi kekeluargaan akan terkorban atau setidak-tidaknya tercedera ekoran keghairahan kita meraih produktiviti kerja yang mengkagumkan dunia.
16. Barangkali melalui pembacaan yang luas kepada tokoh-tokoh yang berjaya, boleh dilengkapkan sisi ini untuk masa akan datang. Buku ini bagi saya sangat cantik penghujungnya apabila penulis menggalakkan pembaca supaya mengambil inspirasi dari ramai orang-orang yang berjaya. Pada masa yang sama, pembaca disarankan supaya berusaha menjadikan diri diinspirasi oleh orang lain supaya kebaikan yang kita tunjukkan diamalkan oleh ramai orang.
17. Saranan sebegini sebenarnya amat menguntungkan di hari akhirat nanti. Dunia adalah ladang akhirat. Di hari akhirat, beruntunglah orang yang memanfaatkan masa dengan bermanfaat. Mereka akan menuai sebanyak-banyaknya.